Dia…bukanlah graduan
universiti luar negara.Graduan universiti dalam negeri pun bukan.Hatta dia
bukan graduan mana-mana universiti pun.Pengajian tertingginya hanya di tangga
SPM.Itu pun bukanlah dengan keputusan yang cemerlang ke langit.Sekadar lulus
dengan pangkat dua yang nak hampir ke pangkat tiga.Bukan dia tak berotak tak
bergeliga.Dia tak minat.Baginya keputusan peperiksaan sekolah bukan ultimatum
untuk memutuskan seseorang tu bodoh pandai.Orang lain boleh berabuk cakap orang
putih,dia pun boleh cakap orang putih.Lekeh-lekeh keputusan SPMnya,English 1119
dia dapat A2.Mungkin sebab dia memang suka bahasa dan anti sains serta
angka.Kelas dan sekolah hanya kayu pengukur standard dalam masyarakat.Alam dan
diri yang sebenarnya patut menjadi penilai.Dan ayahnya menempelak dengan
mengatakan dia hanyalah seorang kaki falsafah pokok getah.
Benarlah...lepas
habis SPM dengan keputusan yang tak seberapa tu,ke mana sangatlah dia boleh
melangkah.Nak ke universiti...baginya dari buat course yang bukan-bukan dan
tiada prospek,baik duduk di kampung menoreh getah.Nak ke politeknik pun
payah.Kalau GiatMARA tu mungkin boleh lagi la.Tapi dia sendiri tak begitu minat
dengan benda-benda macam tu...ketika itu.
Dan dia pun duduk
di kampung.Bangun pagi di tengah subuh,ke kebun getah dari pagi ke tengah
hari.Petang pula menebas di dusun di hulu.Bukan kerana dia rajin.Tapi kalau nak
hidup makan pakai di rumah ni dengan aman,kena la banting tulang empat kerat
dan kudrat serta memerah keringat.Kalau tak mau kena kejar dengan ayah keliling
rumah jika sekadar makan dan membuta je.
Bila tiba masa
pokok-pokok getah dah nak ditebang untuk penanaman semula,dia la antara orang
yang macam cacing kena salai atas bara.Tumbangnya pokok getah,bermakna putusnya
duit.Sementara nak menunggu pokok getah besar,maknanya dia yang makin kurus.Nak
mengharap duit ayah,haraplah sangat.Ada la lebih kurang macam pungguk nak
tunggu bulan di tengah langit jatuh ke tengah sawah.Maka ditakdirkan Allah dia
berkenalan dengan Abang Nan yang kerjanya menjual jeruk,kuih dan makanan ringan
di pekan sehari dan pasar-pasar malam.Abang Nan dengan dia bukan kira orang
lain sangat pun.Kalau bersoreh nak ikut keluarga dan suku-sakat,ada la kot
pangkat tiga empat pupu.Dan dia pun mengikut Abang Nan berniaga setelah diajak
orang tua tu.Belajar rentak orang berjual-beli.Hampir setahun setengah bersama
Abang Nan,lelaki itu menyuruhnya berdiri sendiri.
Nekad dia meminjam
duit ayah untuk dibuat modal berniaga dan untuk membeli sebuah van
terpakai;bagi dibuat alat mengangkut barang jualnya ke hulu ke hilir.Ayah
skeptik,namun memberi juga.Kata ayah,lunaskan dalam masa lima tahun.Dia hanya
mengangguk je.Ditengoknya Abang Nan tu dengan berniaga tu la dia ke Mekah,beli
van,beli kereta,beli motor,buat rumah.Memang betul kata Nabi.9/10 daripada
sumber rezeki tu datanya dari berniaga.Dan itu la yang menjadi pendorongnya nak
jadi macam Abang Nan juga.
Berdiri
sendiri...memang sakit.Walaupun sepanjang bersama Abang Nan dia belajar ombak
gelombang dan pahit maung orang berniaga,namun lain rasanya bila semua kena
ditelan sendiri.Rasa yang melintasi tekak tu pahitnya berganda-ganda.Tapi kalau
manis tu,manis berganda-ganda macam tebu bercampur gula juga.Mulanya dia cuba
mengikut rentak seperti masa berniaga dengan Abang Nan dulu.Habis van buruknya
dibawa ke segenap ceruk daerah yang ada pekan sehari dan pasar
malam.Payah...saingan banyak.Dan duit banyak habis meski jualan tak laku
mana.Duit minyak lagi...duit sewa tapak...dan kadang-kadang hujan pula.
Dia menerima ilham
rahmat Tuhan tu ketika sedang meneman mak membeli kain pasang di Sri
Sungguh.Bosan menunggu di dalam kedai yang serba sesak dengan orang tu,dia
menunggu sambil duduk di atas tembok di luar kedai.Matanya melata melihat
keliling.Sebab tika tu dah tak ada benda lain yang nak dibuat.Bangunan deret
kedai ni memang maju betul.Kedudukan stratergik.Dah la di tengah-tengah pekan.Bertentang
seberang jalan dengan supermarket dan mini market pulak tu.Bangunan tiga
tingkat tu pun segala macam kedai ada.Dengan kedai Sri Sungguh,Kedai Kain
Tan,dan Kedai Kain Rahman saja pun deret tu dah cukup meriah.Tambah lagi kat
situ la ada Bank Simpanan Nasional,kat situ la ada Bumiputra
Commerce.Tambah-tambah lagi dengan kedai farmasi,kedai buku,pusat tuisyen,kedai
makan yang bersusun dan entah segala macam kedai lagi.Pendekata kawasan itu
macam lombong emas orang berniaga sebab sentiasa sibuk dengan
manusia.Peniaga-peniaga kecil pun ramai yang menumpang rahmat tempat yang sesak
dengan orang tu.Membuka gerai-gerai di tepi lorong dan kaki lima.Ada yang
berniaga air,menjual kacang rebus dan buah-buahan,buka gerai burger,jual
keropok lekor dan segala macam nugget...
Dan ketika itu idea
menerpa!
Apa kata kalau aku
cuba berniaga kat sini?!Dari sini ke rumah bukan jauh.Nak berulang-alik
tiap-tiap hari pun tak kira aral.
And the rest is
history.
_____________
a chunk from a
piece that was written back in 2006.with the rate social capitalism going on
nowadays that highly influences the way of how our society views status and
success,I'm just putting this up to anchor myself from being dragged by the
mainstream sludge.the anecdote behind the story : it all started when I saw a
young man leaving his bustling stall,changed into his baju Melayu and
pelekat,and walking towards the masjid way before Zuhur.
Dia meraikan Jumaat.
While [some]other
executive hotshots were contemplating lunch.
verily,Allah sees
naught of our earthly status,but the level of taqwa we have within us,no?
okay,those yang
rasa dia memang awesome sila cari this verse and put it in the comment;one that
is related to the ramblings above : [49:13]
kalau jumpa,anda
memang awesome.
kalau jumpa,faham
dan hadam,lagi la bertambah awesome :)
may Allah bless
No comments:
Post a Comment